top of page

Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura capai 36 peratus


Kerja-kerja pembinaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura berjalan lancar 2023
Kerja-kerja pembinaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura

JOHOR BAHRU - Kerja-kerja pembinaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura berjalan lancar dengan tahap kemajuan kerja mencapai 36 peratus setakat akhir bulan lalu.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagi pembinaan rel laluan RTS pula sudah mencapai tahap kemajuan kerja 30 peratus.


"Pembinaan RTS kini mengikut jadual walaupun berdepan dua kali pertukaran kerajaan dan pandemik Covid-19.


"Saya memantau setiap pencapaian projek selain berkomunikasi dengan rakan sejawat dari Singapura. Kami fokus dan berazam untuk memastikan projek siap seperti dijadualkan," katanya.

Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Disember 2026.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke tapak projek RTS Link bersama Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran di Stulang Laut, pada Khamis.


RTS Link merupakan sistem transit aliran ringan pertama dibina di Johor Bahru yang mana Johor merupakan pintu masuk utama di selatan negara.


RTS Link sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands, Singapura itu dapat menampung menyokong kapasiti puncak sebanyak 10,000 penumpang setiap sejam di setiap hala.


Projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi 1 Januari 2027.


Sumber: Sinar Harian

bottom of page