top of page

Pemberian kontrak projek berkaitan kerajaan mungkin lewat


Pemberian kontrak projek berkaitan kerajaan mungkin lewat Berita Harian www.bharian.com.my
Gambar hiasanl. Pemandangan luar stesen MRT Serdang Raya Selatan. - NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan menjangkakan kemungkinan berlaku kelewatan dalam pemberian projek berkaitan kerajaan seperti Perkhidmatan Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dalam tempoh terdekat berikutan pertukaran kerajaan baru-baru ini.


AmInvestment Bank dalam nota penyelidikannya baru-baru ini, berkata projek MRT3 sepatutnya diberikan seawal Oktober 2022, namun dengan yang perubahan dalam kerajaan baru-baru ini, pihaknya percaya bahawa pemberian pakej utama dan sub-kontrak hanya akan berlaku pada separuh pertama 2023.


Katanya, menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), kontrak yang diberikan sehingga November 2022 ialah RM118 bilion.


"Mengikut asas tahunan, jumlah ini adalah 3.0 peratus lebih rendah daripada RM133 bilion yang diberikan pada 2021. Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan pemulihan dalam aliran kerja, terutamanya projek yang lebih kecil di Semenanjung Barat dan Malaysia Timur," katanya.


Bank pelaburan itu berkata, margin operasi syarikat pembinaan mungkin terjejas dengan kos bahan binaan yang tidak menentu.


"Harga keluli di Semenanjung Tengah merosot 28 peratus kepada RM3,132/tan pada Oktober 2022 daripada paras tertinggi RM4,344/tan. Walaupun harga keluli mungkin menerima rangsangan daripada kelonggaran sekatan Covid-19 di China, kami berpendapat bahawa harga keluli masih tidak menentu disebabkan ketidaktentuan ekonomi global.


"Bagi simen, kami menjangkakan harga kekal menaik sejajar dengan harga arang batu. Mengikut pasaran sumber, harga simen melonjak 32 peratus kepada RM22.50 bagi setiap beg 50 kilogram pada awal Disember 2022 daripada RM17.00/50kg beg sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15)," katanya.


Tambahnya, kekurangan tenaga kerja pula dijangka berkurangan dengan kontraktor yang menghadapi kekurangan buruh telah menahan diri daripada membida pekerjaan tambahan kerana risiko penalti atau tuntutan kerosakan yang mungkin timbul daripada kelewatan penyiapan.


"Juga, kontraktor mungkin perlu membayar premium untuk mendapatkan pekerja bagi mengekalkan tahap tenaga buruh yang optimum. Bagaimanapun, kami menjangkakan kekurangan buruh akan berkurangan, membolehkan kontraktor bersedia untuk pelancaran projek mega infrastruktur," katanya.


Mengenai cabaran makro di dalam sektor pembinaan, kedudukan fiskal kerajaan telah disempitkan oleh kesan ekonomi daripada pandemik dan perbelanjaan bantuan besar-besaran untuk mengurangkan impaknya.


"Tambahan pula, hutang negara kekal meninggi. Oleh itu, kami percaya bahawa pelancaran projek infrastruktur awam pada masa hadapan akan mengguna pakai struktur inisiatif pembiayaan swasta, yang boleh mengurangkan perbelanjaan modal segera daripada kerajaan.


"Bagaimanapun, ini juga bermakna kontraktor mungkin dikehendaki mengambil risiko tambahan untuk mengambil bahagian dalam pembiayaan projek sebegini," katanya.


Sumber: Berita Harian


Comentarios


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page