top of page

Pembangunan projek PPR di Larkin dipertimbangkan


Projek perumahan mampu milik
Gambar hiasan: Sememangnya menjadi hasrat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memastikan kesinambungan pembinaan rumah untuk rakyat.

Projek perumahan mampu milik

JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pihaknya merancang untuk mengangkat cadangan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Larkin untuk dipertimbangkan oleh pihak kementerian dalam Belanjawan 2023.


Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata ada dua tapak cadangan bagi pembinaan PPR di kawasan berkenaan yang dicadangkan, iaitu di Kawasan Perindustrian Larkin (Dato Onn) dan kawasan berdekatan Kampung Ungku Mohsin.


Beliau berkata terdapat keperluan untuk membina PPR berkenaan ketika ini, antaranya bagi menampung kepadatan penduduk di Larkin, dan pada masa yang sama kerajaan negeri juga telah menyatakan kesediaan bagi menjayakan projek itu.


"Sememangnya menjadi hasrat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memastikan kesinambungan pembinaan rumah untuk rakyat. Sementara Belanjawan 2023 belum dibentang, maka ada ruang untuk mengangkat beberapa cadangan pembinaan sebelum diberi kata putus," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat tapak pembinaan PPR Larkin di Kawasan Perindustrian Larkin (Dato Onn), di sini, semalam, yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor.


Sumber: Astro Awani


5 views

Comentarios


bottom of page