Pelancaran Taman Aero Selangor (SAP) mampu membantu menjadikan KLIA sebagai peneraju hab kargo udara di ASEAN, galak kelestarian tenaga & pembangunan mampan
- Ridhwanisme
- Jun 5, 2025
- 1 min read

SEPANG, SELANGOR
Peranan Strategik SAP
SAP dibangunkan untuk memperkukuh kedudukan KLIA sebagai hab kargo udara utama di ASEAN.
Menyokong pembangunan KLIA sebagai aeropolis bersepadu, memacu pertumbuhan sektor aeroangkasa negara.
Komponen Industri Aeroangkasa
SAP direka sebagai zon industri khusus untuk:
Pembuatan komponen pesawat & avionik.
Teknologi pendorong & elektronik bernilai tinggi.
Logistik canggih & rantaian bekalan maju.
MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih).
Sasaran Ekonomi & Pekerjaan
SAP merupakan elemen penting dalam Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.
Sasaran: RM55.2 bilion pendapatan tahunan dan 32,000 pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang 2030.
Fasa & Skop Pembangunan
Dibangunkan atas tanah seluas 242.81 hektar, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.3 bilion.
Fasa 1: 80.94 hektar, dengan GE Aerospace sebagai penyewa utama – membina fasiliti ujian enjin & MRO seluas 40 hektar.
Kelebihan KLIA
KLIA memiliki kawasan seluas 100 km² – paling besar di ASEAN.
Mampu membina hingga 5 landasan.
KLIA sedang perluas zon kargo & pergudangan untuk tampung pertumbuhan logistik.
Persefahaman Strategik & Pelaburan
Malaysia jalin kerjasama strategik dengan China – jadikan KLIA pusat penghantaran kargo udara ke ASEAN.
Pelaburan disasarkan kepada:
Pembuatan komponen aeroangkasa.
Teknologi MRO & penyelenggaraan.
Tenaga boleh diperbaharui (solar & tadahan air hujan).
Sokongan Kerajaan Negeri Selangor
Selangor sediakan pelbagai insentif pelaburan dan program pembangunan bakat.
SAP direka lengkap dengan kemudahan mesra pekerja dan teknologi keselamatan pintar (CCTV pengecaman wajah, lampu solar, dsb).
MBI & MAHB galak kelestarian tenaga & pembangunan mampan.
Berita Harian / Hazwan Faisal Mohamad





Comments