Pekerja pembinaan maut tergelincir dalam gaung
- Ridhwanisme
- May 24, 2023
- 1 min read

BENTONG – Seorang warga emas lelaki maut selepas tergelicir lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter dalam kejadian di Genting Highlands, hari ini.
Dalam kejadian 2.53 petang tadi mangsa, berusia 60-an sedang membuat lawatan tapak untuk kerja-kerja pemasangan paip di lereng bukit di kawasan berkenaan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dilaporkan tergelincir ketika membuat kerja-kerja pemantauan.
”Pasukan bomba terpaksa menggunakan tali dan pengusung untuk manaikkan mangsa,” katanya sambil memberitahu operasi itu dilakukan bersama unit kebakaran Genting Highlands.
Sumber: Malaysia Gazette





Comments