top of page

PCSB capai keputusan pelaburan projek CCS di Sarawak


PCSB capai keputusan pelaburan projek CCS di Sarawak Berita Harian www.bharian.com.my
Projek CCS menyokong kemajuan PETRONAS ke arah mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih -NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB), anak syarikat PETRONAS mencapai keputusan pelaburan akhir (FID) untuk pembangunan projek Kasawari CO2 Sequestration (CCS) di luar pesisir Sarawak.


FID diluluskan pada 20 Oktober 2022, diikuti dengan penganugerahan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan (EPCIC) untuk projek itu kepada Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) pada 3 November 2022.


"Projek CCS, yang terletak di Blok SK316 kira-kira 200 kilometer dari Bintulu, dijangka mengurangkan jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan melalui pembakaran sebanyak 3.3 MtCO2e (tan metrik bersamaan karbon dioksida) setiap tahun, menjadikannya salah satu projek CCS luar pesisir terbesar di dunia," kata PETRONAS dalam satu kenyataan.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PCSB, Hasliza Othman, berkata FID itu menandakan peringkat penting dalam kemajuan penyelesaian CCS.


Beliau berkata, projek itu dijangka menjadi pemangkin dalam mencapai pembangunan keupayaan CCS hujung ke hujung dalam PETRONAS dan langkah pertama dalam membuka potensi Malaysia sebagai hab penyelesaian CCS serantau.


Projek itu dijangka membuka laluan ke depan bagi rancangan nyah karbon masa depan untuk PETRONAS dan Malaysia.


Malah, ia juga menyokong kemajuan PETRONAS ke arah mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersihnya menjelang sasaran 2050.


Sumber: Berita Harian


8 views

Comments


bottom of page