top of page

Pasukan khas teliti mekanisme bayaran tertunda dipersetujui Kerajaan Persekutuan, Sarawak


Pasukan khas teliti mekanisme bayaran tertunda dipersetujui Kerajaan Persekutuan, Sarawak
Gambar hiasan

Pasukan khas teliti mekanisme bayaran tertunda dipersetujui Kerajaan Persekutuan, Sarawak

KUCHING: Sebuah pasukan petugas khas akan dibentuk untuk meneliti terma rujukan (ToR) pembayaran balik oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak bagi pelaksanaan projek pembinaan dan naik taraf fasiliti kesihatan di negeri ini.


Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata pasukan itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, bersama Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki.


Beliau berkata, penubuhan pasukan berkenaan adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada bulan lalu bahawa Kerajaan Sarawak akan mendahulukan pembiayaan bagi pelaksanaan projek pembinaan infrastruktur pendidikan dan kesihatan di negeri ini.


"Perdana Menteri mengumumkan inisiatif itu untuk mempercepatkan pelaksanaan kemudahan terbabit. Menerusi inisiatif itu, Kerajaan Persekutuan akan membayar balik keseluruhan kos projek berkenaan kepada Kerajaan Sarawak.


"Konsep pembayaran tertunda itu dipersetujui oleh kedua-dua pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Wong Soon Koh (GPS-Bawang Assan) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Tiang menjelaskan bahawa melalui mekanisme dicadangkan itu, Kerajaan Sarawak dapat meneruskan program yang dirancang untuk menangani isu klinik usang serta menyediakan kemudahan kesihatan dengan cekap dan pada kos lebih rendah.


"Kita tidak akan menunggu dana disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek pembinaan fasiliti kesihatan terbabit.


"Mekanisme dicadangkan itu juga akan dapat memajukan projek kemudahan penjagaan kesihatan yang kritikal yang sudah lama tertangguh kerana pelbagai faktor, terutama aspek pembiayaan," katanya.



Pasukan khas teliti mekanisme bayaran tertunda dipersetujui Kerajaan Persekutuan, Sarawak

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page