top of page

Parti Hijau Malaysia gesa PM tarik balik tender dua projek mega di Selangor


Kompleks sukan di stadium Shah Alam
Kerajaan Selangor mengumumkan sudah melantik Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) untuk melaksanakan pembangunan semula kompleks sukan di Shah Alam.

KUALA LUMPUR: Parti Hijau Malaysia (PHM) menggesa Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam dua projek di Selangor yang didakwa dijalankan tanpa tender terbuka.


Setiausaha Agungnya, Abdul Razak Ismail mendakwa dua projek di Selangor yang membabitkan projek pembangunan semula kompleks sukan di Shah Alam, dan projek melebarkan sungai, Gerbang Maritim Selangor, tidak dianugerahkan secara telus dan bertentangan dengan prinsip tadbir urus yang baik.


Menyedari pendirian tegas Anwar mengenai tadbir urus yang baik dalam pengendalian projek kerajaan yang besar, Abdul Razak menggesa Perdana Menteri untuk segera menarik balik tender untuk kedua-dua projek itu kerana harga yang ditawarkan adalah "terlalu tinggi", dan mungkin disebabkan oleh rundingan terus.


"Adalah pandangan Parti Hijau Malaysia bahawa kerajaan negeri (Selangor) tergesa-gesa untuk memuktamadkan kedua-dua projek mega ini sebelum pembubaran DUN secara automatik pada 25 Jun.


"Terdapat beberapa isu yang perlu dirungkai Anwar sebelum ini," kata Abdul Razak yang juga bekas ahli kumpulan pro-Anwar, dalam satu kenyataan hari ini.


Pada Julai 2022, kerajaan Selangor mengumumkan sudah melantik Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) untuk melaksanakan pembangunan semula kompleks sukan di Shah Alam melalui perkongsian swasta-awam selepas menyaring kira-kira 15 firma lain.


Razak menekankan anggaran kos berbeza yang terlibat dalam projek itu, dan mempersoalkan sama ada 14 syarikat lain turut ditawarkan pertukaran tanah seperti yang ditawarkan kepada MRCB.


Sementara itu, projek Gerbang Maritim Selangor akan menyaksikan pelebaran dan kerja mendalamkan sungai Klang dari Mid Valley City, Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.


Mac lalu, Ketua Penerangan Perikatan Nasional Selangor Shukor Mustaffa membuat laporan polis terhadap menteri besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco kerajaan negeri Izham Hashim dengan mendakwa projek itu diberikan melalui rundingan terus.


Amirudin menafikan dakwaan itu, dengan menyatakan beliau dan Izham berada dalam Lembaga Pengarah Landasan Lumayan Sdn Bhd untuk mewakili kepentingan kerajaan negeri.


Untuk rekod, Landasan Lumayan Sdn Bhd dianugerahkan kontrak untuk projek itu dalam usaha sama dengan firma swasta.


Sumber: Berita Harian


61 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page