top of page

Parlimen: RM64.9 juta diluluskan bina Kompleks Mahkamah baharu Sri Aman di Jalan Bayu


Parlimen: RM64.9 juta diluluskan bina Kompleks Mahkamah baharu Sri Aman di Jalan Bayu
Gambar hiasan

Parlimen: RM64.9 juta diluluskan bina Kompleks Mahkamah baharu Sri Aman di Jalan Bayu

KUALA LUMPUR, 25 Mar: Dewan Rakyat dimaklumkan kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM64.9 juta untuk membina kompleks mahkamah baharu di Sri Aman, Sarawak.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata, perbelanjaan itu diluluskan di bawah bajet pembangunan Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).


Ketika ini jelas beliau, projek berkenaan berada pada peringkat pra pembinaan yang melibatkan kerja-kerja awalan di tapak projek dan pelaksanaan pengurusan nilai projek.


“Kompleks Mahkamah Sri Aman yang baharu ini akan dibina di Jalan Bayu, Simanggang.


“Kerja-kerja pembinaan di tapak dijangka akan dimulakan selepas kerja-kerja di bawah aktiviti pra-pembinaan projek selesai, ” katanya pada sesi Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.


Beliau menjawab soalan Dato Sri Doris Sophia Brodie (Gabungan Parti Sarawak – Sri Aman) yang meminta Perdana Menteri menyatakan status terkini pembinaan bangunan mahkamah baharu di Sri Aman yang dirancang pada tahun ini.


Sementara itu tambah Kulasegaran, projek itu dilaksanakan untuk menjamin perkhidmatan perundangan dan kehakiman yang cekap kepada orang awam melalui penyediaan prasarana yang terbaik.


“Mahkamah Sri Aman pada masa ini beroperasi dengan menumpang di Wisma Persekutuan Sri Aman.


“Perkongsian ruang dengan agensi kerajaan yang lain adalah tidak kondusif bagi fungsi serta operasi mahkamah yang unik dan berbeza daripada aspek kawalan keselamatan dan kerahsiaan,” katanya.


Sumber: TVS


Parlimen: RM64.9 juta diluluskan bina Kompleks Mahkamah baharu Sri Aman di Jalan Bayu

bottom of page