top of page

Projek bina Kompleks Mahkamah Johor Bahru di Iskandar Puteri dijangka diteruskan selepas tergendala


Projek pembinaan Kompleks Mahkamah Johor Bahru yang baharu di Kota Iskandar, Iskandar Puteri
Projek bina Kompleks Mahkamah Johor Bahru di Iskandar Puteri dijangka diteruskan selepas tergendala 5 tahun

Projek bina Kompleks Mahkamah Johor Bahru di Iskandar Puteri dijangka diteruskan selepas tergendala 5 tahun

KOTA TINGGI: Projek pembinaan Kompleks Mahkamah Johor Bahru yang baharu di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, dijangka diteruskan semula dalam masa terdekat selepas tergendala sejak lima tahun lalu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pihaknya berharap projek itu dapat dilaksanakan memandangkan keperluan negeri ini untuk mempunyai sebuah kompleks mahkamah yang besar dan berpusat.


Beliau berkata, pihaknya bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, akan melihat semula tapak kompleks mahkamah itu yang sebelum ini dicadangkan dan dipilih ketika bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


"Dalam tiga atau empat minggu lagi, kita akan ke Johor Bahru dan menjemput Menteri Besar untuk melihat Mahkamah Johor Bahru yang kita hendak pindahkan ke Iskandar Puteri. Saya berharap bahagian undang-undang akan melaksanakan (pembinaan).


"Ketika saya menjadi menteri undang-undang sebelum ini, sudah melihat tapak dan reka bentuk mahkamah itu tetapi disebabkan kita (Barisan Nasional) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), projek itu tergendala. Jadi, kita berharap ia dapat dihidupkan semula.


"Saya rasa di Johor, tiada sebuah mahkamah yang besar bertempat di pusat pentadbiran Kerajaan Johor seperti negeri-negeri lain," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P157 Parlimen Pengerang di Bandar Penawar, di sini, hari ini.


Azalina berkata, kos pembinaan kompleks mahkamah yang terdiri daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret itu adalah dalam lingkungan RM300 juta.


Beliau berkata, segala kerja bagi pembinaan kompleks mahkamah itu juga telah sedia ada ketika dirancang sebelum ini.


"Sebelum ini, semua sudah ada. Saya difahamkan, peruntukan perbelanjaan itu pun sudah ada. Jadi, saya rasa sudah boleh memfokus kepada mahkamah di Johor ini," katanya.


Seterusnya, Azalina memaklumkan dalam masa dua minggu pula, beliau akan membuat lawatan tapak Mahkamah Pengerang di Bandar Penawar, di sini.


Beliau berkata, mahkamah itu dipindahkan dari Kampung Pengerang.


"Bagi Mahkamah Pengerang, kita sudah pecah tanah dan kini dalam proses pembinaan," katanya.


Sumber: Berita Harian


12 views

Kommentare


bottom of page