top of page

PAAB peruntukkan RM1 bilion kerja naik taraf, baiki sistem bekalan air


Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
Gambar hiasan: Di Johor sahaja lebih kurang RM400 juta dibelanjakan untuk penggantian paip, manakala Kelantan sekitar RM200 juta.

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Pasir Gudang: Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) setiap tahun bagi pelaksanaan kerja menaik taraf dan memperbaiki sistem bekalan air di seluruh semenanjung.


Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali berkata, peruntukan itu akan diagihkan kepada setiap operator di negeri kecuali Sabah, Sarawak dan Terengganu yang tidak termasuk dalam pengelolaan PAAB.


Menurutnya, peruntukan akan diagihkan mengikut pelan perniagaan tahunan masing-masing (negeri).


"Sama juga untuk tahun ini, secara purata jumlah peruntukan tahunan yang dikeluarkan PAAB untuk kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air berjumlah tidak kurang RM1 bilion.


"Setiap tahun, untuk penggantian paip sahaja sekitar RM600 juta dibelanjakan. Di Johor sahaja lebih kurang RM400 juta dibelanjakan untuk penggantian paip, manakala Kelantan sekitar RM200 juta.


"Selain program penggantian paip, ada juga sesetengah negeri yang lebih memberikan tumpuan kepada pembinaan loji air baharu, tangki baharu serta inisiatif pengurangan air tidak terhasil iaitu Non Renewable Water (Air Tidak Boleh Diperbaharui)," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pertandingan e-Komik PAAB Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Scientex di sini, hari ini.


Turut hadir, Pengetua SMK Taman Scientex, Mohd Azmi Abdul Rahman.


Abdul Hadi berkata, antara negeri yang memberi fokus kepada kerja penggantian paip tahun ini termasuklah Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor.


PAAB yang ditubuhkan pada 2006 adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan dikawal selia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bertanggungjawab membangunkan aset air di semenanjung Malaysia.


Sumber: Harian Metro


8 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page