top of page

Naik taraf laluan ke TER Mossy Forest



Cameron Highlands: Projek penyelenggaraan jalan naik ke Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest sepanjang lima kilometer dijangka siap sepenuhnya, bulan depan.


Pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Cameron Highlands, Arifhadi Johari Affandi berkata, projek penyelenggaraan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands itu dibahagikan kepada dua fasa bermula Ogos lalu.


Beliau berkata, selain membaiki kerosakan jalan, projek itu termasuk membaiki sistem saliran dan melebarkan jalan di beberapa tempat sepanjang laluan ke pusat peranginan tanah tinggi itu.


"Faktor kecerunan antara sebab jalan naik ke TER Mossy Forest mudah rosak dan setiap kali musim tengkujuh, hujan membawa bersama batu dan tanah hingga menyebabkan kerosakan jalan.


"Sebelum ini hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja mampu sampai ke tapak tempat meletak kenderaan TER Mossy Forest, namun selepas ini kenderaan kecil boleh sampai ke kawasan terbabit yang menjadi tumpuan pelancong.


"Pada hujung minggu dan cuti am, jumlah pelancong naik ke TER Mossy Forest bertambah dua hingga tiga kali ganda," katanya.


Sumber: Harian Metro

11 views
bottom of page