Mujur tak hempap kereta!


Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Alor Gajah Lama, Melaka, bernasib baik apabila tiang besi konkrit yang terjatuh dari sebuah treler tidak mengenai mereka.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, pemandu treler membawa muatan tiang besi konkrit berlebihan menjadi punca lima batang tiang dibawa terjatuh ke atas jalan.


Pemandu treler berusia 50-an dipercayai memandu dari arah kilang kuari berdekatan menghala ke Alor Gajah.

Dia dipercayai hanya menutup muatan itu menggunakan kain kanvas sebelum tiang konkrit besi yang dipercayai tidak diikat, dianggarkan seberat 600 kilogram setiap satu itu terjatuh ketika treler berkenaan mendaki bukit berhampiran Kampung Panchor.


Akibat insiden itu, hanya satu lorong dibuka dan menyebabkan kesesakan lalu lintas dari kedua-dua arah.


Malah beberapa anggota polis trafik turut membantu melancarkan pergerakan lalu lintas selain mengelak kemalangan berlaku.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hassan Basri berkata, kejadian terbabit tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

“Bagaimanapun, pemandu dikenakan tindakan saman atas kesalahan jalan raya yang menyebabkan kelalaian dan kecuaian mengendalikan barang dibawa,” katanya.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #keselamatan

40 views

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.