MRCB catat pendapatan RM1.3 bilion



MALAYSIAN Resources Corporation Bhd (MRCB) mencatatkan pendapatan RM1.3 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM53 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.


Pada tahun kewangan 2018, syarikat mencatatkan pendapatan RM1.9 bilion dan keuntungan sebelum bersih RM123 juta.


Pendapatan dan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi direkod pada 2018 khususnya disebabkan penjualan tanah sekali saja berjumlah RM387 juta, yang menyumbang keuntungan sebelum cukai sekali saja RM66.8 juta pada tahun berkenaan.


Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Imran Salim berkata, perolehan dan keuntungan lebih rendah direkodkan pada 2019 juga disebabkan projek hartanah kediaman bertingkat kumpulan masih dalam fasa awal pembinaan, dengan pengiraan pendapatan adalah amat minimum.



“Pendapatan daripada projek LRT3 juga agak rendah berikutan penjadualan dan pemodelan semula daripada rakan pelaksana projek (PDP) kepada projek turnkey harga tetap,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.


Unit pembangunan hartanah dan pelaburan merekodkan pendapatan lebih rendah RM566.7 juta dan keuntungan operasi RM76.8 juta pada 2019, berbanding masing-masing RM1 bilion dan RM97.8 juta pada 2018, disebab penjualan tanah sekali saja direkod dalam tahun sebelumnya.


“Dengan jualan hartanah belum dibil RM1.6 bilion masih belum diambil kira, syarikat menjangkakan pendapatan lebih kukuh pada 2020.


“Ia berikutan kerja pembinaan projek hartanah utama kumpulan semakin berkembang dan penyerahan unit siap kepada pembeli projek 1060 Carnegie di Melbourne,” katanya.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #MRCB

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.