top of page

MPKj jawab isu lalu lintas sesak dihadapi penduduk Alam Sari


MPKj jawab isu lalu lintas sesak dihadapi penduduk Alam Sari
Majlis Perbandaran Kajang

MPKj jawab isu lalu lintas sesak dihadapi penduduk Alam Sari

Kajang: Perunding bertauliah sudah diarahkan mengkaji struktur Jambatan Esset bagi cadangan menaik taraf selain pelebaran persimpangan laluan keluar masuk KTM-Jalan Reko, di sini, untuk mengatasi kesesakan lalu lintas.


Jurucakap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata, pihaknya sudah mengadakan mesyuarat teknikal bersama pihak pemaju dan perunding projek pembangunan Alam Sari pada 24 Mei lalu berhubung masalah dihadapi penduduk itu.


"Berdasarkan mesyuarat berkenaan, pihak perunding sudah diarahkan untuk mengkaji struktur jambatan sedia ada (Jambatan Esset) bagi cadangan pelebaran untuk mengatasi kesesakan lalu lintas, serta mengkaji pelebaran persimpangan laluan keluar masuk KTM - Jalan Reko.


"Pihak perunding masih dalam proses kajian bagi cadangan berkenaan dan mereka akan keluarkan satu laporan atau cadangan kajian (berhubung perkara itu)," katanya.


Katanya, selepas itu, pihak MPKj akan mengadakan perjumpaan bersama penduduk kawasan berkenaan bagi membincangkan laporan kajian berkenaan.


"MPKj akan berjumpa penduduk selepas laporan berkenaan disiapkan termasuk cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan kesesakan (di kawasan aduan)," katanya.


Semalam, Harian Metro melaporkan, kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak di jalan keluar dari Alam Sari dan Kampung Sungai Tangkas, di sini, mencabar kesabaran 8,000 penduduk apabila situasi bertambah serius sejak awal tahun lalu.


Laluan yang mengalami kesesakan teruk membabitkan persimpangan lampu isyarat German-Malaysia Institute (GMI) dan persimpangan terowong di Kampung Sungai Tangkas berhampiran Stesen KTM Komuter Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) antara 6.30 pagi hingga 8.30 pagi, dan 5.30 petang hingga 7.30 malam, setiap hari.


Sumber: Harian Metro


MPKj jawab isu lalu lintas sesak dihadapi penduduk Alam Sari


12 views

Коментарі


bottom of page