top of page

MISC tambah dua kapal pengangkut LNG


Kapal pengangkut LNG Seri Damai dan Seri Daya.
Kapal pengangkut LNG Seri Damai dan Seri Daya.

Kapal pengangkut LNG Seri Damai dan Seri Daya.

Kuala Lumpur: MISC Bhd, satu daripada pengendali-pemilik tunggal terbesar kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) di dunia, mengumumkan penambahan dua kapal pengangkut LNG generasi baharu iaitu Seri Damai dan Seri Daya dalam kumpulan kapalnya.


MISC berkata dua kapal pengangkut LNG berkapasiti 174,000 meter padu itu dilengkapi dengan teknologi pintar dan mampan yang dibina oleh Samsung Heavy Industries Co Ltd (SHI).


Selepas penyerahan kapal pengangkut LNG baharu ini, ia akan disewakan secara jangka panjang kepada anak syarikat milik penuh ExxonMobil, SeaRiver Maritime LLC (SRM) dan akan diuruskan oleh Eaglestar Shipmanagement (S) Pte Ltd (Eaglestar).


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MISC, Kapten Rajalingam Subramaniam berkata penyerahan Seri Damai dan Seri Daya menandakan permulaan yang kukuh bagi tahun ini dan mencatat satu kejayaan penting bagi kerjasama MISC dengan SRM.


"Saya menyatakan penghargaan kepada SHI selaku pembina kapal, pasukan pengurusan projek dalaman dari Eaglestar, pasukan perniagaan Gas Assets and Solutions (GAS), Class Society ABS serta semua rakan kongsi dan rakan usaha sama yang terlibat dalam pembinaan selamat kapal pengangkut LNG terkini ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Seri Damai dan Seri Daya meningkatkan lagi kekuatan kumpulan kapal MISC yang ketika ini terdiri daripada 31 kapal pengangkut LNG bagi perniagaan gas MISC, selain enam kapal pengangkut etana berskala besar (VLEC) dan dua unit penyimpanan terapung (FSU) LNG dengan gabungan kapasiti berat muatan (dwt) lebih dua juta tan.


Sumber: Harian Metro


2 views

Comments


bottom of page