top of page

MHB rugi bersih RM388.69 juta pada suku kedua


MHB rugi bersih RM388.69 juta pada suku kedua
Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB)

MHB rugi bersih RM388.69 juta pada suku kedua

KUALA LUMPUR: Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) mencatatkan kerugian bersih RM388.69 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2023 berbanding keuntungan bersih RM21.96 juta setahun lalu.


Bagaimanapun, hasilnya meningkat kepada RM1.05 bilion pada suku kedua berbanding RM400.63 juta sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh hasil yang lebih tinggi daripada segmen kejuruteraan berat.


"(Namun begitu) segmen kejuruteraan berat terus berhadapan cabaran dalam melaksanakan projek yang sedang berjalan dalam margin asal yang diperuntukkan berikutan kesan kenaikan harga bahan mentah dan gangguan rantaian bekalan global," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.


Kumpulan itu berkata, projek-projek itu diperoleh secara sekali gus oleh pelanggan beberapa tahun lalu.


"Kumpulan akan terus melaksanakan pemulihan terhadap kesan inflasi dan kesan berjadual daripada pelanggan," katanya.


Walau bagaimanapun, persaingan yang lebih sengit di kalangan limbungan kapal dijangka terus memberi kesan kepada operasi perniagaan marin sejak pembukaan semula ekonomi China, justeru, MHB menjangkakan segmen marin akan kekal mencabar.


Syarikat itu berkata, pihaknya akan terus meneroka peluang di pasaran domestik dan antarabangsa dengan penekanan terhadap penyahkarbonan dan segmen tenaga boleh diperbaharui.


Sumber: Berita Harian


MHB rugi bersih RM388.69 juta pada suku kedua


Comments


bottom of page