KUALA LUMPUR: MGB Construction & Engineering Sdn Bhd (MGBCE), anak syarikat milik penuh MGB Bhd (MGB) memperoleh kontrak bernilai RM156.83 juta daripada Arqhitectnia bagi pihak Seloka Sinaran Sdn Bhd.
Kontrak itu adalah bagi cadangan projek pembangunan kediaman di Lot PT 69264, Tanah Rizab Melayu di Dengkil, Sepang, kata MGB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Menurutnya, kontrak berkenaan akan meningkatkan nilai perolehan kontrak sedia ada MGB dan kumpulan syarikatnya kepada kira-kira RM1.85 bilion.
"Kontrak itu tidak akan memberi kesan kepada modal saham terbitan syarikat tetapi dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat dan kumpulan sepanjang tempoh kontrak," katanya.
Cadangan pembangunan itu dibahagikan kepada tiga bahagian yang mana pembinaan bahagianpertama1 bermula dari 1 September 2023 hingga 30 November 2024, manakala tarikh permulaan bagi baki bahagian selebihnya masih belum ditentukan, katanya.
Sumber: Berita Harian
MGB dapat kontrak RM156.83 juta bangunkan rumah di Dengkil
Коментарі