top of page

Mestron dapat projek telco RM13 juta


Mestron dapat projek telco RM13 juta Berita Harian www.bharian.com.my
Mestron dapat projek telco RM13 juta

KUALA LUMPUR: Mestron Holdings Bhd berjaya mendapatkan tempahan projek bernilai RM13 juta lagi di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) dan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).


Tempahan itu adalah tambahan kepada RM17.5 juta yang diperoleh daripada pelan infrastruktur digital negara, Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada Jun tahun ini.


"Dengan komitmen kerajaan terhadap agenda untuk menambah baik ketersambungan di seluruh negara, projek-projek ini menjanjikan peluang pertumbuhan yang luas untuk kumpulan," kata Pengarah Urusan Mestron, Por Teong Eng dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.


Teong Eng berkata, kumpulan itu telah melihat peningkatan mendadak dalam nilai perolehan kontrak yang pada masa kini berjumlah RM53 juta.


Ini selaras dengan penggunaan rangkaian 5G yang semakin beransur-ansur memperoleh momentum, kerana Mestron menjana pendapatannya melalui pembuatan tiang standard dan tiang khas dalam segmen syarikat telekomunikasi (telco), katanya.


Tempahan bernilai RM13 juta itu dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh enam bulan akan datang dan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan dalam tempoh terdekat, tambahnya.


Sumber: Berita Harian


18 views

Comments


bottom of page