top of page

MCMC diarah teliti semula spesifikasi pembinaan menara telekomunikasi - Annuar


Menara telekomunikasi yang tumbang dalam kejadian ribut pada petang Ahad nyaris menimpa Surau Diri Jumaat Al-Ansar di kawasan perumahan Seri Palma, Bandar Seri Botani di Ipoh, Perak. - Foto fail/Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) diarah meneliti semula spesifikasi pembinaan menara telekomunikasi dari sudut kejuruteraan dan keselamatan.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di laman Twitter beliau malam tadi berkata satu kaedah audit keselamatan perlu diadakan berikutan insiden menara telekomunikasi tumbang.


"Saya memandang berat kes menara telekomunikasi tumbang. Soal keselamatan amat penting. Pihak berkuasa pastikan piawai dipatuhi sebelum diluluskan," katanya.


Media sebelum ini melaporkan menara telekomunikasi yang tumbang dalam kejadian ribut pada petang Ahad nyaris menimpa Surau Diri Jumaat Al-Ansar di kawasan perumahan Seri Palma, Bandar Seri Botani di Ipoh, Perak. -- BERNAMA


Sumber: Astro Awani

 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page