top of page

MBSA sedia tong sampah pukal musim perayaan


MBSA akan menyediakan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) untuk sampah pukal sempena sambutan Aidilfitri nanti. - Foto NSTP/ihsan MBSA

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyediakan 256 tong 'Roll On Roll Off' (RORO) untuk sampah pukal termasuk sisa kebun sempena sambutan Aidilfitri nanti.


Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata tong berkenaan akan disediakan mulai 30 April hingga 14 Mei depan.


"Sempena sambutan Aidilfitri, MBSA akan menyediakan tong RORO bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal seperti perabot dan barangan elektrik terpakai.


"Sebanyak 256 buah tong RORO bersaiz tiga tan akan disediakan di kawasan sekitar Shah Alam iaitu di Seksyen 2 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga Seksyen U20.


"Tempoh penempatan tong RORO di lokasi selama tujuh hari atau bila-bila masa penuh akan ditarik dan dibersihkan," katanya dalam satu kenyataan.


MBSA berharap agar penduduk memanfaatkan tong berkenan serta memudahkan kontraktor membuat kutipan dan menjaga kebersihan kawasan sekitar.



22 views
bottom of page