MBPJ percepat pelan tebatan banjir susulan hujan luar biasa
- 10 minutes ago
- 1 min read

PETALING JAYA, SELANGOR
Punca Kejadian & Justifikasi Intervensi
Taburan hujan luar biasa melebihi 60 mm dalam tempoh singkat dari kawasan hulu Kuala Lumpur telah menyebabkan aliran deras ke kawasan tadahan Sungai.
Sungai Penchala Sungai Penchala gagal menampung jumlah aliran luar biasa, manakala Sungai Klang Sungai Klang berada pada kapasiti maksimum, mengakibatkan fenomena aliran balik (backflow) yang melemahkan keupayaan sistem saliran bandar.
Pelan Tindakan Tebatan oleh MBPJ
Penyediaan pelan bersama JPS untuk mitigasi banjir jangka panjang di kawasan kritikal sekitar dua sistem sungai utama.
Antara intervensi utama:
Pembinaan tembok banjir di kawasan kritikal Sepanjang Sungai Penchala.
Pemasangan SKaLiS – Sistem Kawalan Limpahan Sungai di saliran keluar parit utama bagi mengawal limpahan ketika hujan ekstrem.
Pemasangan injap saliran satu hala pada saliran-saliran kecil yang menghala ke Sungai Klang untuk mengelakkan aliran balik.
Kawalan pelepasan air premis industri dan komersial bagi mengelakkan pelepasan terus ke sungai, mengurangkan kejutan hidraulik.
Kawasan Yang Terjejas & Implikasi Infrastruktur
Kawasan yang dikenal pasti terjejas di Petaling Jaya termasuk:
Seksyen 51, Seksyen 17, Seksyen 19 (koridor Sungai Penchala).
Taman Medan, Sri Manja, Buana Perdana (hampiran Sungai Klang).
Implikasi terhadap ekosistem infrastruktur:
Keperluan upgrade saliran bandar, khususnya di kawasan yang terdedah kepada fenomena aliran balik.
Potensi penyemakan semula masterplan paras banjir 50 - 100 tahun kerana tren hujan ekstrem semakin kerap.
Kemungkinan keperluan integrasi early warning system untuk koridor sungai berisiko tinggi.




Comments