top of page

MBKT labur RM200 juta laksanakan projek lambaian bayu di pesisir pantai


MBKT labur RM200 juta laksanakan projek lambaian bayu di pesisir pantai
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)

MBKT labur RM200 juta laksanakan projek lambaian bayu di pesisir pantai

KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dijangka melabur kira-kira RM200 juta bagi menaik taraf infrastruktur di pesisir pantai dalam kawasan pentadbirannya.


Antara langkah permulaan akan dilaksanakan adalah menyediakan pelan induk rekreasi dan pelancongan pesisir pantai melalui Projek Lambaian Bayu.


Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif, berkata projek lambaian bayu fasa pertama bermula dari Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir hingga ke Chendering sejauh kira-kira 16 kilometer.


Katanya, projek itu akan dilaksanakan berdasarkan kekuatan sumber yang sedia ada di tapak dan karektor setempat selaras Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2035.


"Projek itu juga akan dilaksanakan seperti digariskan dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Nerus 2035 untuk menjadikan daerah warisan pesisir air yang dinamik, berdaya huni dan mampan.


"Usaha untuk memperkasakan pengisian bandar bertemakan warisan pesisir air melalui pembangunan produk pelancongan baharu selain memberi nilai tambah kepada kawasan pelancongan," katanya kepada media di menara MBKT, di sini, hari ini.


Rosli berkata, pelaksanaan projek lambaian bayu akan dibahagikan kepada enam zon iaitu zon pertama di pesisir ketapang membabitkan pembinaan gelanggang sukan pantai, tapak festival, laluan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) dan laluan kereta kuda.


Katanya, projek penyediaan taman lori makanan, landskap pantai dan kedai cenderamata serta kafe, arca nama Allah dan Nabi Muhammad, pemasangan lampu solar serta pelbagai kemudahan tarikan pelancongan turut dibina di muara sungai Terengganu, Primula Batu Burok, Muara Ibai dan Pantai Pandak.


"Kita tidak akan pinggirkan golongan B40 setiap kemudahan, termasuk gerai niaga disediakan.


"Projek lambaian bayu yang akan dibina mampu merancakkan kegiatan ekonomi dan menambah pendapatan golongan B40," katanya.


Rosli berkata, projek lambaian bayu itu dijangka mengambil masa lima tahun untuk disiapkan turut memberi peluang kepada kira-kira 500 peniaga kecil untuk menambah pendapatan.


Sumber: Berita Harian


MBKT labur RM200 juta laksanakan projek lambaian bayu di pesisir pantai


Comments


bottom of page