top of page

Malaysia tubuh Energy Exchange, pelawa bidaan projek perintis 100 megawatt


Malaysia tubuh Energy Exchange, pelawa bidaan projek perintis 100 megawatt
Suruhanjaya Tenaga

Malaysia tubuh Energy Exchange, pelawa bidaan projek perintis 100 megawatt

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia telah melancarkan Energy Exchange Malaysia(ENEGEM) untuk menjalankan perdagangan bekalan elektrik hijau merentasi sempadan negara jiran, hari ini.


Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), perdagangan tenaga ini akan dilaksanakan berpandukan “Guide for Cross-Border Electricity Sales (CBES)” terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.


“Kami mempelawa mereka yang berminat dan layak untuk menyertai proses bidaan pembelian bekalan elektrik hijau dari Malaysia ke Singapura menerusi platform ENEGEM.


“Pembidaan ini akan dimulakan dengan projek rintis berjumlah 100 megawatt (MW) menggunakan rangkaian infrastruktur sambung tara sedia ada antara dua negara ini.


“Projek rintis ini dibuka untuk Pembida Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang berlesen penjanaan atau lesen peruncitan bekalan elektrik untuk pasaran Singapura,” katanya.


Mereka yang berminat ini boleh mendaftarkan diri melalui laman sesawang PETRA  atau Single Buyer mulai 16 April 2024.


“Sesiapa yang berjaya akan mendapat notifikasi untuk melakukan bidaan pembelian Bekalan Elektrik Hijau pada hari bidaan nanti.


“PETRA yakin bahawa pelaksanaan platform ENEGEM ini akan mengukuhkan lagi kerangka kerja pembekalan elektrik Malaysia merentas sempadan selain membuka peluang pembangunan dan usaha sama TBB merentas sempadan negara ASEAN,” tambahnya lagi.



Malaysia tubuh Energy Exchange, pelawa bidaan projek perintis 100 megawatt

bottom of page