top of page

Lorong kanan Persiaran Kerjaya ditutup sementara bermula 1 Julai


PETA penutupan sementara lorong di Persiaran Kerjaya, Shah Alama Selangor. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Lorong kanan Persiaran Kerjaya, Shah Alam Selangor dari kedua-dua arah Subang dan Kuala Lumpur akan ditutup sementara untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penempatan semula utiliti projek Transit Aliran Ringan (LRT3).


MRCB George Kent Sdn. Bhd., (MRCBGK) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, masa penutupan akan dilakukan bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang dan 11 malam hingga 5 pagi pada 1 Julai hingga 1 Disember ini.


“Penutupan akan bermula dari jalan Median berhadapan bangunan Basis Bay sehingga ke bangunan Nippon Menard di Persiaran Kerjaya.


“Sehubungan itu, dua lorong di Persiaran Kerjaya akan dibuka untuk pemandu yang menuju ke arah Subang, Kuala Lumpur dan Shah Alam pada setiap masa,” katanya.



28 views
bottom of page