top of page

LFE terima subkontrak RM18.95 juta bagi kerja-kerja pemasangan sistem elektrik daripada GDP Architects


ree

ree

KUALA LUMPUR 14 Nov - LFE Corporation Bhd menerusi LFE Engineering Sdn Bhd menerima subkontrak bernilai RM18.95 juta daripada GDP Architects Sdn Bhd bagi membekal, menghantar, memasang, menguji, mentauliah dan menyelengara kerja-kerja pemasangan sistem elektrik bagi sebuah projek.


Kumpulan itu bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci berhubung projek tersebut.


"Kontrak itu akan bermula pada 20 September 2024 hingga 19 Julai 2025," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.


Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan sehingga tamatnya kontrak.


Kumpulan itu tidak menjangkakan sebarang risiko material yang timbul daripada kontrak selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan kontrak yang mana kumpulan akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk meminimumkannya.


Sumber: Dagang News

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page