top of page

LFE Corp Terima Kontrak Pembangunan Bernilai RM81.71 Juta daripada Puncak City Development


ree
Gambar hiasan

ree

KUALA LMPUR 23 Okt - LFE Corp Bhd menerusi LFE Engineering Sdn Bhd menerima kontrak pembangunan bernilai RM81.71 juta daripada Puncakcity Development Sdn Bhd sebagai kontraktor utama pembinaan bangunan utama.


Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu bagaimanapun tidak menyebut perincian mengenai kontrak itu termasuk lokasi serta kerja-kerja yang perlu dilaksanakan.


"Projek pembangunan itu adalah selama 32 bulan bermula 15 Oktober 2024 hingga 14 Jun 2027," katanya.


Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan sehingga tamat projek berkenaan.


Syarikat tidak menjangkakan sebarang risiko yang timbul daripada kontrak itu selain risiko operasi biasa yang berkaitan dan mereka akan mengambil langkah sewajarnya untuk meminimumkan risiko itu.


Sumber: Dagang News

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page