top of page

Lantikan kontraktor dibuat secara telus - JPM


PUTRAJAYA 23 Feb.- Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan dakwaan bahawa pelantikan kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan di kuarters kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dibuat secara tidak telus.


Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, proses pelantikan kontraktor berkenaan telah dibuat dengan mematuhi tatacara, garis panduan pengurusan kewangan serta perolehan kerajaan yang telah ditetapkan.


“JPM melalui Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) juga sentiasa memantau prestasi kontraktor yang dilantik bersama-sama Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP) dan Perbadanan Putrajaya (PPj).


“Untuk kerja penyelengaraan di kuarters jenis bertanah, kontraktor akan dilantik oleh JKRWPP mananala untuk kuarters jenis pangsapuri pula dilantik oleh PPj,” kata jabatan berkenaan dalam satu kenyataannya di sini hari ini.


Semalam Utusan Malaysia melaporkan dakwaan penghuni kuarters kerajaan di sini mengenai kelewatan kerja-kerja penyelenggaraan pelbagai kerosakan di rumah mereka walaupun aduan telah dibuat dalam tempoh yang lama.


Menurut jabatan itu lagi, pihaknya mengakui ada menerima aduan kerosakan yang dibuat oleh para penghuni kuarters dari semasa ke semasa namun, setiap aduan yang diterima akan diambil tindakan secara khusus melalui kontraktor.


“Pemantauan sentiasa dibuat bagi memastikan kontraktor yang dilantik melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sebagaimana terma kontrak yang ditetapkan,” jelas jabatan berkenaan.


Selain itu katanya, sebagai penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaa, setiap penghuni juga mempunyai tangungjawab bagi memastikan kediaman masing-masing dijaga dengan baik dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kerosakan.


Sumber: Utusan Online


19 views
bottom of page