top of page

Kwasa Land, Impiana bangun projek kediaman RM1.5 bilion


Kwasa Land, Impiana bangun projek kediaman RM1.5 bilion
Kwasa Land Sdn Bhd

Kwasa Land, Impiana bangun projek kediaman RM1.5 bilion

KUALA LUMPUR: Kwasa Land Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bekerjasama dengan Impiana Land & Development Sdn Bhd untuk membangunkan projek kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.5 bilion.


Menurut Kwasa Land, projek itu akan dibangunkan dalam dua fasa.


Katanya, fasa pertama, yang dipanggil Serene South Lakes, akan dibangunkan di atas tapak seluas 12.14 hektar yang membabitkan 141 unit banglo, vila bersambung dan rumah berkembar yang dijangka siap pada suku keempat 2028.


"Fasa kedua akan membabitkan pembangunan The Park dan Serene Hillside. The Park akan terdiri daripada dua blok bangunan pertengahan dengan 311 unit manakala Serene Hillside akan mempunyai empat kondominium bertingkat rendah dan sederhana dengan 468 unit," katanya dalam satu kenyataan.


Pengarah Urusan Kwasa Land, Datuk Adenan Md Yusof, berkata perbandaran itu akan dibangunkan dengan kawasan hijau di sekelilingnya, ketersambungan hebat kepada rangkaian pengangkutan dan juga direka bentuk dengan mengambil kira unit keluarga dalam memenuhi keperluan gaya hidup rakyat Malaysia hari ini.


Katanya, Serene Kwasa Damansara akan melengkapkan usahanya sebagai pemaju induk, meningkatkan nilai perbandaran ini.


"Kami teruja untuk menawarkan pelbagai tawaran kediaman dengan Impiana, memanfaatkan pengalaman luas mereka dalam pembangunan berkualiti tinggi yang dilengkapi kemudahan terkemuka," katanya.


Serene Kwasa Damansara adalah pembangunan kedua Impiana di Kwasa Damansara. Projek pertama mereka di perbandaran itu dinamakan Linari Damansara.


Linari Damansara dibangunkan di tapak seluas 3.6 hektar dan mempunyai GDV sebanyak RM450 juta.


Ia terdiri daripada kondominium dua menara dengan 480 unit dan 16 unit Park Homes (rumah bandar kluster).


Dijangka siap pada 2027, Linari Damansara akan mempunyai laluan pejalan kaki ke stesen MRT Kwasa Damansara.


Kwasa Land, Impiana bangun projek kediaman RM1.5 bilion

bottom of page