top of page

KPKT bertindak tegas isu bilik 'sangkar burung'


KPKT bertindak tegas isu bilik 'sangkar burung'
Gambar hiasan: Pelan 3D bilik sewa sangkar burung (Sumber: Sinar Harian)

KPKT bertindak tegas isu bilik 'sangkar burung'

IPOH - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang menyediakan bilik 'sangkar burung' jika gagal mengubah kembali kepada bentuk asal premis berkenaan.


Perkara tersebut amat serius kerana pengubahsuaian tersebut mengundang risiko kesihatan mental dan keselamatan jika berlaku kebakaran.


Tindakan segelintir pemilik membuat ubah suai ruang di dalam rumah sehingga menjadi amat sempit, tidak kondusif, malah sesetengahnya tidak berperikemanusiaan.


"KPKT mengambil pendirian tegas dan memberi amaran kepada semua pemilik rumah yang telah melakukan ubahsuai tanpa kebenaran dari PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk mengubah semula kepada bentuk asal atau tindakan tegas akan diambil.


"KPKT dengan kerjasama PBT, serta agensi-agensi terbabit akan memantau secara aktif keadaan ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan."


Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 79, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975 di mana di bawah undang-undang tersebut, PBT antaranya diberi kuasa untuk meruntuhkan binaan tersebut dan segala kos ditanggung pemilik premis.


Selain itu denda tidak melebihi RM500 dan juga denda tambahan tidak melebihi RM100 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.


Sumber: Sinar Harian


KPKT bertindak tegas isu bilik 'sangkar burung'


42 views

Comments


bottom of page