top of page

Kontraktor projek sakit di Sarawak, diganti segera


Gambar hiasan: Contoh projek sakit

KUCHING: Kontraktor yang terlibat dalam senarai projek sakit di Sarawak akan digantikan dengan segera.


Menurut Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, tindakan tersebut adalah termasuk melantik kontraktor penyelamat.


“Kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam senarai projek sakit akan digantikan dengan segera bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek rakyat,” katanya kepada media setelah meninjau projek pembinaan bulatan pertama di Jalan Kuching-Samarahan di sini hari ini seperti dilapor TVS.


Menurutnya tindakan tersebut diambil susulan arahan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mahu agar langkah susulan dilaksanakan secepat mungkin terhadap projek-projek sakit.


“Isu projek sakit yang melibatkan pembangunan di Sarawak sering kali berlaku namun tidak dapat dielak,” jelasnya.


“Saya berharap rakyat Sarawak dapat memahami punca kelewatan pembinaan yang dihadapi.


“Kami akan terus memantau perkembangan projek seperti ini dari masa ke masa bagi memastikan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang diarahkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.


Tambahnya bulatan pertama lebuh raya Kuching-Samarahan yang turut tersenarai sebagai projek sakit tersebut dijangka disiapkan dalam tempoh 15 bulan seperti yang ditetapkan sebeulum ini.


Sumber: Sarawak Voice

24 views

Comentários


bottom of page