top of page

Kontraktor culas bayar cukai didenda RM23,000, penalti khas RM1.28 juta


Kontraktor culas bayar cukai didenda RM23,000, penalti khas RM1.28 juta
Gambar hiasan

Kontraktor culas bayar cukai didenda RM23,000, penalti khas RM1.28 juta

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat kontraktor pembinaan dan penyelenggaraan dijatuhi hukuman denda RM23,000 dan penalti khas RM1.284 juta oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah gagal mengemukakan penyata pendapatan bercukai taksiran tiga tahun berturut-turut.


Majistret Nur Fatin Mohamad Farid menjatuhkan hukuman itu terhadap Yusof Ahmad, 38, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan sejurus dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mengikut pertuduhan pertama, Yusof yang merupakan pengarah yang dipertanggungan selaras dengan Seksyen 75 ACP 1967 kepada Syarikat EMF Energy Sdn. Bhd. telah gagal mengemukan Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam Borang C.


Orang Kena Saman (OKS) gagal dikemukakan kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh penutupan akaun iaitu pada atau sebelum 31 Julai 2020 bagi Taksiran tahun 2019 dan pada atau sebelum 31 Julai 2021 bagi Taksiran 2020.


Dengan itu, OKS didapati gagal mengemukan penyata pendapatan bercukai berjumlah RM1.22 juta yang boleh dikenakan cukai sebanyak RM293,124 bagi tahun 2019.


Bagi tahun 2020 pula, tertuduh gagal mengemukakan penyata pendapatan bercukai sebanyak RM562,364 yang boleh dikenakan cukai RM134,967.


Bagi pertuduhan kedua pula, Yusof didakwa gagal mengemukakan suatu penyata pendapatan dalam Borang C bagi Tahun Taksiran 2021 mengenai pendapatan berkenaan syarikat yang sama.


Hukuman pemberat kedua-dua pertuduhan ini dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa LHDN, Mazlan Alias, manakala OKS tidak diwakili peguam.


Yusof dalam rayuan memohon mahkamah agar meringankan denda dan pembayaran penalti khas dibuat secara ansuran.


Mazlan dalam penghujahannya meminta agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kerana OKS adalah pesalah cukai tegar apabila syarikat sama gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan iaitu borang C bagi tahun taksiran 2019 dan 2020.


Syarikat itu juga pernah dikompaun bagi kesalahan gagal mengemukakan borang C bagi tahun taksiran 2003, 2009, 2015, 2016, 2017 dan 2018.


Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman kepada OKS bagi pertuduhan pertama iaitu denda RM15,000 dan penalti khas sebanyak RM 1.284 juta dibayar secara ansuran selama 12 bulan bermula hari ini.


Manakala pertuduhan kedua, OKS didenda RM8,000.


Sumber: Kosmo!


Kontraktor culas bayar cukai didenda RM23,000, penalti khas RM1.28 juta


7 views
bottom of page