top of page

Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E diingat guna program kerajaan untuk tingkat prestasi


Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E diingat guna program kerajaan untuk tingkat prestasi
Uggah (tiga kanan), Richard (dua kanan) dan Datin Amar Doreen Mayang, isteri Uggah (empat kanan) merakam kenangan bersama wakil penerima geran di Spaoh semalam.

Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E diingat guna program kerajaan untuk tingkat prestasi

KUCHING: Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E diingatkan agar menggunakan program kerajaan untuk meningkatkan prestasi masing-masing.


Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata mereka boleh mendaftar diri menyertai program anjuran kerajaan di pejabat residen berdekatan. 


Menurutnya selepas mendaftar, Pejabat Residen akan mengemukakan permohonan mereka kepada jawatankuasa khas di Pejabat Kewangan Negeri.


"Ia akan diakses jika anda layak menyertai sesuatu program. Jika anda layak, latihan yang relevan akan diberikan.


"Dan jika mendapat atau diberi mana-mana kontrak, bantuan kewangan akan diberikan termasuk peralatan-peralatan lain diperlukan. Anda seharusnya melaksanakan sendiri kontrak yang diberikan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan geran daripadanya dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu dengan jumlah keselurahan RM414,800 kepada sebuah masjid, sembilan surau dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Spaoh semalam.


Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata program seumpama itu merupakan langkah diambil kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi melahirkan kontraktor Bumiputera yang sebenar.


Beliau menambah, program itu diumumkan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November tahun lalu.



Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E diingat guna program kerajaan untuk tingkat prestasi

12 views
bottom of page