Kontrak LRT Pulau Pinang diterajui konsortium Gamuda dijangka bernilai kurang RM8 bilion
- Ridhwanisme
- Jun 23
- 2 min read

GEORGETOWN
Kos & Skop Kontrak:
Pakej kerja sivil diketuai oleh Gamuda Bhd melalui Konsortium SRS.
Nilai dijangka kurang dari RM8 bilion selepas value engineering (VE):
Anggaran: RM7.8 bilion – RM8 bilion.
Anggaran MRT Corp: RM7.6 bilion.
Penjimatan dicapai menerusi:
Pengurangan saiz & panjang sesetengah stesen.
Trafik penumpang yang dijangka sederhana.
Panjang & Laluan Projek:
Hampir 24km dari Silicon Island (Pulau Reclamation) ke Komtar.
Merangkumi 20 buah stesen.
Sejarah Perolehan:
Kontrak dianugerahkan secara terus di bawah inisiatif single source RFP.
Berdasarkan kelayakan SRS Consortium yang telah melalui tender 2015 sebagai Project Delivery Partner (PDP).
Asalnya projek LRT bersama kerja tambakan 3 pulau (4,500 ekar), kini dikecilkan kepada 1 pulau (2,300 ekar) oleh Kerajaan Persekutuan.
Perubahan Pemilikan & Struktur Projek:
Kini Kerajaan Persekutuan & MRT Corp mengambil alih pembangunan & pemilikan aset.
Projek dibahagi kepada 3 pakej:
Pakej 1: Kerja sivil (Silicon Island ke Komtar).
Pakej 2: Sistem (rolling stock, signalling, track works).
Pakej 3: Sambungan Komtar ke Penang Sentral (melalui laut).
Komposisi Pemegang Saham Konsortium SRS:
Gamuda Bhd: 60%
Loy Phoy Yen Holdings: 20%
Ideal Property Development: 20%
Perkembangan Tender Pakej Sistem (< RM3.5 bilion):
Ditutup 16 Jun 2025.
7 syarikat besar menyertai:
Gamuda + CRRC (rolling stock Batu Gajah) + Hitachi (signalling).
MMC Engineering + Hyundai-Rotem + Emrail.
YTL + CRRC + Emrail.
Berjaya Rail + syarikat China + Hitachi.
Lion Pacific + WCT + Siemens + CHEC.
MRCB + Alstom.
DMIA + Siemens + CRRC.
Syarat tender MRT Corp:
Syarikat mesti ada pengalaman projek keretapi bandar RM500 juta dalam 10 tahun.
Operator rolling stock wajib ada kilang di Malaysia.
Penyertaan hanya syarikat dengan tiada kerugian dalam 5 tahun.
Wajib propose model leasing rolling stock sehingga 30 tahun.
Kontrak penyelenggaraan minimum 7 tahun.
Faktor Saingan:
Model pembiayaan leasing diberi kelebihan (kurang komitmen kewangan kerajaan).
Berjaya Rail & WCT tampil sebagai pemain baru dengan rakan kongsi berpengalaman.
Rekod pelaksanaan akan jadi faktor penentu pemilihan.
The Edge Malaysia / M Shanmugam





Comments