top of page

Komited pastikan generasi muda Sarawak dapat peluang kerja


Komited pastikan generasi muda Sarawak dapat peluang kerja www.sarawakvoice.com
Generasi muda Sarawak

KUCHING: Yayasan Sarawak komited memainkan peranan dalam memastikan generasi muda mendapat peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran.


Pengarahnya, Mersal Abang Rosli berkata sekiranya belia tidak menceburi bidang teknikal dan vokasional seperti Kemahiran Penyediaan Perancah, manfaat tersebut akan terlepas ke tangan orang lain.


“Justeru, jika orang tempatan tidak memanfaatkan sektor tersebut, peluang pekerjaan yang lumayan ini akan terlepas kepada tenaga kerja asing,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Kumpulan 1, Program Scaffolding Industri Minyak dan Gas di Auditorium Yayasan Sarawak, di sini, hari ini.


Jelasnya, agak merugikan jika rakyat tempatan tidak mengambil peluang tersebut kerana hampir separuh daripada projek-projek besar di negeri ini melibatkan sektor pembinaan infrastruktur.


Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap 30 orang pelajar tajaan Yayasan Sarawak yang bakal menerima sijil kecekapan kemahiran dalam bidang pemasangan perancah, di samping menerima tawaran bekerja di bawah Syarikat Omniwise.


Sumber: Sarawak Voice

 
 
 

Comentários


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page