top of page

Koleksi Impian bina 3,102 kediaman konsep semula jadi


Koleksi Impian bina 3,102 kediaman konsep semula jadi
Gambar hiasan: Kediaman berkonsepkan alam semula jadi serta warisan yang akan dibina oleh syarikat berkenaan di 20 lokasi strategik seluruh negara.

Koleksi Impian bina 3,102 kediaman konsep semula jadi

PEMBINA dan pemaju pembangunan perumahan tanah Rizab Melayu, Koleksi Impian akan membina 3,102 kediaman berkonsepkan alam semula jadi serta warisan di 20 lokasi strategik seluruh negara.


Koleksi Impian dalam satu kenyataan berkata, antara lokasi strategik tersebut adalah di sekitar Shah Alam, Klang, Bangi, Rawang termasuk Melaka.


"Ia akan dibangunkan di atas tanah rizab bumiputera, setiap kediaman merangkumi gabungan harmoni kontemporari dan budaya.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Kami telah menetapkan penanda aras baharu untuk kualiti, kebolehpercayaan termasuk menepati masa bagi menyiapkan projek.

"Rumah bakal direka dengan teliti untuk menawarkan pengalaman hidup yang tiada tandingannya. Daripada seni bina yang elegan dan hinggalah kemudahan terkini akan kami sediakan," katanya pada Ahad.

Katanya lagi, Koleksi Impian bukan hanya pembina kediaman tetapi penginovasi gaya hidup.


Justeru, pihaknya akan memberi komitmen untuk mencipta kediaman yang memenuhi aspirasi dan keinginan berbeza setiap pemilik rumah.


"Kami memahami bahawa rumah bukan sekadar struktur sebaliknya ia adalah tempat perlindungan, impian dan kenangan terukir selamanya.


"Koleksi Impian berusaha untuk mewujudkan persekitaran di mana penduduk boleh berkembang maju dan nikmati detik-detik berharga dalam hidup," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian


Koleksi Impian bina 3,102 kediaman konsep semula jadi


9 views

Komentarai


bottom of page