top of page

KNM dapat kontrak RM52.17 di Indonesia


KUALA LUMPUR: KNM Process Systems Sdn Bhd, unit KNM Group Bhd memperoleh tiga kontrak bernilai RM52.17 juta daripada RDMP Balikpapan Jo yang berpangkalan di Indonesia untuk reka bentuk, kejuruteraan dan bekalan kapal tekanan bagi projek Balikpapan di Kalimantan Timur, Indonesia.


Kontrak ini adalah tambahan bagi projek Balikpapan dan membawa nilai gabungan kontrak yang diterima sebanyak RM107.79 juta.


“Tempoh penawaran dan penyediaan bagi urus niaga itu adalah bagi gabungan tempoh yang disasarkan tidak lewat daripada akhir Mei 2021,” kata kumpulan itu dalam maklumat kepada Bursa Malaysia, hari ini.


KNM berkata, urus niaga itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2019 hingga 2021.


RDMP Balikpapan Jo adalah usaha sama antara PT Rekayasa Industri dan Hyundai Engineering Co, kontraktor utama bagi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan bagi projek Balikpapan. -BERNAMA



5 views
bottom of page