top of page

Kimlun dapat kontrak pembinaan RM133.6 juta di Johor


Kimlun dapat kontrak pembinaan RM133.6 juta di Johor
Kimlun Corporation Bhd.

Kimlun dapat kontrak pembinaan RM133.6 juta di Johor

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Kimlun Corporation Bhd, Kimlun Sdn Bhd dianugerahkan kontrak pembinaan bernilai RM133.6 juta oleh Sunway Parkview Sdn Bhd.


Kontrak itu merangkumi kerja-kerja binaan utama bagi rumah, bangunan sokongan dan kemudahan yang terletak di Johor Bahru.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kerja pembinaan terbabit dijangka akan disiapkan pada suku ketiga 2026.


"Projek itu dijangka menyumbang dengan positif kepada perolehan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan sepanjang tempoh kontrak," katanya.

Sumber: Berita Harian


Kimlun dapat kontrak pembinaan RM133.6 juta di Johor

bottom of page