top of page

Keuntungan sebelum cukai MRCB terjejas


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Keuntungan sebelum cukai Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) terjejas ekoran kerja-kerja pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) yang perlahan serta rundingan yang masih berjalan dengan kerajaan berkaitan perubahan dari rakan pelaksana projek (PDP) kepada kontrak harga tetap bagi projek berkenaan.


Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Imran Salim berkata, pendapatan tertunda dari projek tersebut akan disambung semula pada tahun 2019, dan diteruskan sehingga selesai projek pada tahun 2024, mengikut perjanjian kontrak yang dilaksanakan pada 25 Januari 2019.


Katanya, disebabkan itu MRCB mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah berjumlah RM123 juta untuk tahun kewangan 2018.


“Cabaran utama bagi kami sepanjang tahun 2018 adalah pemodelan semula projek LRT3, yang memberi kesan kepada prestasi kami dengan ketara, menghasilkan keuntungan jauh lebih rendah daripada yang kami dianggarkan.


“Sekarang kontrak baharu telah ditandatangani, ini akan memberikan semula pendapatan yang tertangguh ke tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sumber: Utusan Online


67 views

Commentaires


bottom of page