top of page

Keselamatan kontraktor, subkontraktor, pekerja diupah di tempat kerja tanggungjawab majikan - NIOSH


Keselamatan kontraktor, subkontraktor, pekerja diupah di tempat kerja tanggungjawab majikan - NIOSH
Tugas memastikan keselamatan dan kesejahteraan di tempat kerja termasuk membabitkan golongan kontraktor, subkontraktor dan pekerja yang diupah jadi bawah tanggungjawab majikan.

Keselamatan kontraktor, subkontraktor, pekerja diupah di tempat kerja tanggungjawab majikan - NIOSH

KUALA LUMPUR: Tugas memastikan keselamatan dan kesejahteraan di tempat kerja termasuk membabitkan golongan kontraktor, subkontraktor dan pekerja yang diupah kini di bawah tanggungjawab majikan.


Perkara itu dimaklumkan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) susulan pindaan dilakukan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang menyaksikan tanggungjawab majikan kini diperluaskan kepada tiga kelompok terbabit.


Kenyataan itu menyusul selepas insiden tanah runtuh meragut tiga nyawa pekerja warga Bangladesh ketika mangsa sedang melakukan kerja pembinaan lebuh raya berhampiran Kampung Maka di Pulai Chondong, Machang tengah hari semalam.


NIOSH berkata, insiden tragik itu menunjukkan kepentingan untuk majikan mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang bertujuan memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja di semua tempat kerja.


"NIOSH juga menggalakkan majikan dan pekerja mereka untuk mengamalkan kaedah Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) yang boleh membantu mereka mengenal pasti hazard, menilai risiko berkaitan dengannya serta melaksanakan langkah kawalan yang berkesan.


"Dengan mengamalkan HIRARC, majikan juga boleh mengurangkan risiko dan meningkatkan keselamatan di tempat kerja secara proaktif.


"Majikan juga perlu memahami bahawa latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sangat penting dan pekerja perlu menyertai program latihan agar mempunyai pengetahuan dan kemahiran diperlukan untuk mengenal pasti dan menangani bahaya yang berpotensi berlaku di tempat kerja," katanya.


NIOSH turut menggalakkan majikan melabur dalam program latihan komprehensif bagi memperkasa pekerja mereka untuk membuat pilihan lebih selamat dan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi diri dan rakan sekerja mereka.


"Peranan Penyelia Keselamatan Tapak Bina juga sangat penting dalam mengawasi dan memastikan persekitaran kerja yang selamat, kerana mereka bertanggungjawab memantau pematuhan protokol keselamatan, menjalankan pemeriksaan keselamatan dan memastikan semua pekerja dimaklumkan tentang bahaya yang mungkin berlaku.


"Adalah penting penting bagi majikan untuk melantik individu yang bertanggungjawab dan kompeten sebagai penyelia keselamatan tapak bina demi mencegah kemalangan tragik seperti yang berlaku di Machang," katanya.


Sumber: Berita Harian


Keselamatan kontraktor, subkontraktor, pekerja diupah di tempat kerja tanggungjawab majikan - NIOSH


Comments


bottom of page