Kesan keretakan jejambat susur dikenalpasti - JKR


JKR memaklumkan tedapat kesan keretakan pada salah satu 'pier head di jejambat susur dari arah Ampang ke Bulatan Billion di Seksyen 33.30, MMR2 di sini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan tedapat kesan keretakan pada salah satu 'pier head’ di jejambat susur dari arah Ampang ke Bulatan Billion di Seksyen 33.30, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini.


Berikutan itu, JKR melaksanakan pengecilan lorong daripada enam meter kepada 3.5 meter bagi mengehadkan beban di jejambat tersebut pada 8 Ogos lalu demi keselamatan pengguna jalan raya.


"Pengecilan lorong ini dijangka akan mengambil masa selama empat bulan dan akan dibuka semula setelah siasatan terperinci dan kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

"Papan tanda pemberitahuan telah dipasang di lokasi kejadian untuk panduan pengguna jalan raya. Pengawal bendera juga akan sentiasa berada di tapak untuk mengawal lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut JKR, pihaknya mengenal pasti kesan keretakan itu berdasarkan pemerhatian dan pemeriksaan yang dijalankan oleh Bahagian Forensik Jambatan JKR pada 23 Julai lalu di jejambat berkenaan.


Sumber: Utusan Malaysia


#evolusibina #MRR2 #JKR

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.