top of page

Kerjaya Prospek raih kontrak RM858 juta bagi kerja MEP pusat data di Iskandar Puteri

  • 3 minutes ago
  • 1 min read
Kerjaya Prospek raih kontrak RM858 juta untuk kerja MEP pusat data di Iskandar Puteri, Johor
Gambar hiasan

JOHOR


KUALA LUMPUR: Kerjaya Prospek Group Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM858 juta bagi kerja-kerja pemasangan akhir mekanikal, elektrikal dan paip (MEP fit-out) untuk pembangunan pusat data di Iskandar Puteri, Johor.


Ikuti WhatsApp Channel Evolusi Bina untuk mendapatkan berita dan perkembangan terkini industri pembinaan Malaysia.

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia, kumpulan pembinaan itu berkata anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, telah menerima surat penganugerahan daripada pemaju pusat data bagi projek berkenaan.


“Kontrak ini meliputi pelaksanaan kerja-kerja pemasangan akhir MEP bagi pembangunan pusat data di Iskandar Puteri, Johor,” kata Kerjaya Prospek.


Kontrak tersebut dijadualkan bermula pada suku ketiga 2026 dan dijangka siap dalam tempoh lapan bulan dari tarikh permulaan kerja.


Kerjaya Prospek berkata kontrak itu akan menyediakan aliran pendapatan tambahan kepada kumpulan berkenaan sepanjang tahun akan datang, selain mengukuhkan lagi buku pesanan sedia ada kumpulan.


Kontrak tersebut juga dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 2026 dan 2027.


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2026 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page