top of page

Kerja pembinaan Jambatan Sungai Krian disambung semula


JKR Jambatan Sungai Krian
AIDEL LARIWOO ketika meninjau projek pembinaan Jambatan Sungai Krian di sini, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI

JKR Jambatan Sungai Krian

PUSA: Kerja pembinaan Jambatan Sungai Krian yang kini disambung semula selepas pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenakan “suspension close” ke atas kontraktor menyebabkan kos dan tempoh kontrak, bertambah.


Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Ir Aidel Lariwoo berkata, Jambatan Sungai Krian sepanjang 690 meter mengalami banyak kelewatan ekoran beberapa faktor.


“Antaranya masalah utama kabel elektrik di bahagian sungai dan kesan pandemik Covid-19.


“Bagaimanapun kini telah dapat dimulakan semula (kerja pembinaan) dengan lebih agresif melibatkan pertambahan kos ekoran kenaikan harga bahan binaan dan kesan daripada masalah dalam kontrak yang begitu teknikal.


“Secara kasar kontrak baharu melibatkan pertambahan RM112 juta berbanding kontrak asal RM75 juta dan jambatan terpendek di sepanjang Jalan Pesisir ini dijangka siap pada Julai 2025,” katanya.


Adun Sadong Jaya itu berkata demikian ketika ditemui Suara Sarawak selepas meninjau projek pembinaan Jambatan Sungai Krian di sini, hari ini.


Memperincikan tentang kelewatan Aidel menjelaskan, walaupun tempoh kontrak lebih awal dan berlaku masalah di bahagian sungai, Jabatan Kerja Raya (JKR) terpaksa bertindak menggantung sebahagian kontrak.


“Apa yang berlaku adalah kabel elektrik sangat dekat dengan lokasi pembinaan.


“Maka, pihak JKR terpaksa menggantung sebahagian kontrak melibatkan kerja di sungai dan sebaik kerja tersebut diselesaikan, penggantungan ditarik balik, kemudian kerja diserahkan kembali kepada kontraktor untuk diteruskan


“Bagaimanapun, ini menyebabkan tempoh kontrak bertambah dan terpaksa dibawa ke hadapan iaitu sehingga 2025.


“Tetapi melihat kepada status dan komitmen daripada pihak JKR, kontraktor, konsultan dan semua pihak yang terlibat, saya yakin jambatan ini dapat disiapkan lebih awal,” ujarnya.


Jelasnya, tindakan mengenakan suspension close merupakan tindakan tepat kerana jika tidak, projek yang tergendala (lewat) berkemungkinan besar, kontraktor boleh ditamatkan.


Sumber: Sarawak Voice


3 views

Comments


bottom of page