Kerja pembaikan lampu jalan di Lebuhraya Pasir Gudang diperhebatkan
- Dec 9, 2025
- 1 min read

PASIR GUDANG, JOHOR
Masalah Lampu Jalan di Lebuhraya Pasir Gudang
Sebanyak 1,308 tiang lampu di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor, diperiksa; 167 lampu didapati rosak.
Kawasan yang terlibat: BHP Perling ke Persimpangan Perling (1.5 km, 52 tiang lampu di bawah JKR) dan Persimpangan Perling ke Bandar Seri Alam/Taman Rinting (23.5 km di bawah MBJB).
Langkah Jangka Pendek
Pemantauan berkala dipertingkatkan bagi memastikan semua lampu berfungsi mengikut jadual penyelenggaraan.
Bertujuan menangani aduan segera pengguna dan meningkatkan keselamatan jalan raya.
Langkah Jangka Sederhana
Kerja pembaikan one-off untuk menangani kerosakan secara menyeluruh.
Mengurangkan kebergantungan kepada pembaikan berulang dan meningkatkan keberkesanan sistem.
Langkah Jangka Panjang
Cadangan penukaran sistem lampu jalan kepada pencahayaan berasaskan solar.
Meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan kos penyelenggaraan, dan mengelakkan isu kecurian kabel.
Menyokong keselamatan dan keselesaan pengguna jangka panjang.
Peranan Agensi
JKR bertanggungjawab bagi jajaran 1.5 km dari BHP Perling ke Persimpangan Perling.
MBJB menguruskan jajaran 23.5 km dari Persimpangan Perling ke Bandar Seri Alam/Taman Rinting.
MBJB telah melantik kontraktor penyelenggaraan tahunan bermula 2026, dengan peruntukan RM1 jutauntuk pembaikan kabel bawah tanah dan kelengkapan, dijangka siap 15 Disember 2025.
Harian Metro | Izz Laily Hussein





Comments