Projek Lebuh Raya Pasir Gudang: Laluan tiga lorong dibuka secara berperingkat
- Ridhwanisme
- Jul 8
- 1 min read

JOHOR BAHRU, JOHOR
Pembukaan Berfasa Lorong Baharu
Perbincangan akhir bersama kontraktor dan agensi berkaitan dimuktamadkan minggu ini.
Pembukaan tiga lorong secara berperingkat di sepanjang 5km laluan projek.
Bergantung kepada tahap kesediaan dan aspek keselamatan semasa.
Strategi Pengurusan Trafik Semasa Kerja
Keutamaan diberi kepada keselamatan dan kelancaran trafik.
Minimum dua lorong perlu kekal dibuka sepanjang tempoh kerja.
Risiko kesesakan jika hanya satu lorong dibuka semasa kerja berjalan.
Perkembangan Projek Secara Keseluruhan
Fasa 3: Persimpangan Bertingkat Perling ke Susur Naik PLUS → dinaik taraf 4 ke 6 lorong.
Kos: RM301.5 juta.
Siap dijangka: Jun 2028.
Fasa 2B: Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke Pasir Gudang → dinaik taraf 4 ke 6 lorong.
Kos: RM78 juta.
Siap dijangka: Feb 2026.
Tumpuan Lokasi Kritikal
CH1170 (depan Petron): masalah lubang dan jalan tidak rata.
CH4200 (bulatan replika Wau): kawasan gelap dan tidak selamat.
Kerja Pembaikan dan Peningkatan Infrastruktur
Lebih 467 tampalan kekal disiapkan sejak Januari 2025.
197 unit lampu bertiang dipasang, dijangka siap menjelang 11 Julai 2025.
Tambahan lampu sorot (spotlight) dan lampu isyarat berkelip (blinker) di lokasi "blind spot".
Pampasan Kepada Pengguna Jalan Raya
Tuntutan boleh dibuat sekiranya berlaku kerosakan kenderaan akibat jalan rosak.
Perlu buat laporan polis dan kemukakan bukti bergambar lokasi kejadian.
Pampasan diuruskan oleh kontraktor atau pihak konsesi.
Kepentingan Lebuh Raya Pasir Gudang
Laluan utama ke Pasir Gudang, kawasan perindustrian terbesar di Malaysia.
Menghubungkan lebih 5,000 kilang dan dua pelabuhan utama:
Pelabuhan Johor (Johor Port)
Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL)
Harian Metro / BERNAMA
Comments