top of page

Kerajaan teruskan projek tebatan banjir yang sudah lulus


Kerajaan teruskan projek tebatan banjir yang sudah lulus Kosmo www.kosmo.com.my
Gambar hiasan: Kerajaan teruskan projek tebatan banjir yang sudah lulus (Sumber gambar: Bernama)

RANTAU PANJANG – Projek pembinaan tebatan banjir yang telah diluluskan semasa pentadbiran terdahulu akan diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan komited untuk meneruskan projek tersebut bagi memastikan kepentingan rakyat dapat dijaga sebaik mungkin.


“Kerajaan bukan sahaja mengkaji (projek tebatan banjir), malah kita mahu melaksanakannya dengan segera mengikut peruntukan yang disediakan oleh pihak Kementerian Kewangan.


“Selain itu, kerja-kerja membaik pulih rumah yang rosak akibat banjir yang telah diluluskan sebelum ini tetap diteruskan seperti biasa mengikut peruntukan sedia ada,” katanya pada sidang akhbar di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata, perlaksanaan projek tebatan banjir dijalankan tanpa mengurangkan atau menafikan peruntukan yang telah diluluskan sebelum ini.


Katanya, agensi berkaitan telah diarahkan untuk memberi segala bantuan banjir sebelum air surut kepada penduduk yang berdaftar dan layak.


“Sidang Parlimen Khas pada 19 Disember ini akan membincangkan emolumen (bayaran) bagi memastikan projek yang sedang berjalan dapat dibayar oleh Kementerian Kewangan.


“Bagaimanapun, pembentangan Bajet 2023 akan dijalankan selepas Titah Diraja pada pembukaan Sidang Parlimen Penggal Ke-15 pada Februari nanti,” ujarnya.


Sumber: Kosmo!


12 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page