Kerajaan komited teruskan 15 pakej kerja projek Lebuh Raya Pan Borneo



KUALA LUMPUR: Kerajaan komited meneruskan 15 pakej kerja projek Lebuh Raya Pan Borneo secara konvensional membabitkan kos RM10.12 bilion.


Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kos itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan menerusi peruntukkan perbelanjaan pembangunan.


"Susulan penamatan perjanjian rakan pelaksana projek (PDP) sebelum ini, pelaksanaan projek akan diteruskan seperti diputuskan kerajaan melalui mesyuarat jemaah menteri.


"Kerajaan juga memutuskan Kementerian Kerja Raya sebagai pemilik projek dan Jabatan Kerja Raya Sabah sebagai pegawai penguasa (SO) untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek dari segi pengoperasian," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) sama ada kerajaan berhasrat menurunkan kuasa kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah untuk menguruskan sendiri pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah.


Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan susulan berterusan sedang dilaksanakan bagi menambah baik kaedah pelaksanaan yang diputuskan sebelum ini.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #KKR

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.