top of page

Kerajaan Kelantan beri kerjasama kes rasuah projek AKSB


Dua daripada suspek kes rasuah projek bernilai RM27 juta dibawa ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu semalam.- foto : IHSAN SPRM

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan akan memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah projek RM27 juta melibatkan bekas pengurus besar syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).


Setiausaha politik Menteri Besar Kelantan, Mohd. Asri Mat Daud berkata, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob telah mengambil perhatian sepenuhnya kes penahanan bekas pengurus besar dan pegawai AKSB itu.


“Kerajaan Negeri Kelantan akan memberi sokongan dan kerjasama melalui AKSB kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada.


“Dalam pada itu, prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah perlu sentiasa dipegang. Semua pihak perlu memberi kepercayaan penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut Mohd. Asri, sehubungan dengan itu, beliau berharap semua pihak tidak mendahului SPRM dalam hal tersebut.


Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, tiga individu termasuk seorang bekas pengurus besar dan seorang pegawai syarikat AKSB direman tiga hari bermula semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes rasuah membabitkan projek lebih RM27 juta.


Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Rozaidi Yaacob di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi memboleh SPRM men- jalankan siasatan lanjut.


Ketiga-tiga suspek yang berusia 60, 42 dan 39 tahun itu dipercayai menerima wang tersebut daripada beberapa syarikat untuk menjalankan projek AKSB.


Sumber: Kosmo!

16 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page