top of page

Kemajuan projek ECRL di Pahang sudah 37.09 peratus – Exco


Kemajuan projek ECRL di Pahang sudah 37.09 peratus – Exco Malaysia Gazette www.malaysiagazette.com
Antara Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Pahang yang membina sebuah laluan kereta api baru yang akan menghubungkan negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang ketika di Jalan Lama Kuala Lumpur- Bentong, Pahang. Foto, MOHD ADZLAN 23 JUN 2022.

PEKAN – Kemajuan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) peringkat Negeri Pahang kini memasuki sudah 37.09 peratus sehingga November ini.


Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Mohd Fakharuddin Arif berkata, perkara berkenaan dimaklumkan oleh syarikat Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd hari ini.


“Perkembangan projek itu termasuk status pemilikan tanah, serahan tapak, penjajaran semula, halangan, cabaran, masalah dihadapi dan peranan penting kerajaan negeri yang akan memudahkan lagi pelaksanaan projek ECRL ini.


“Saya dimaklumkan kemajuan sebenar projek ECRL ini ialah 37.09 peratus manakala infrastruktur pula 51.94 peratus sehingga November 2022.


“Ini melibatkan kerja-kerja bina terowong, bina jambatan, kerja-kerja tanah, at grade dan lain-lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kemajuan projek ECRL di Pahang sudah 37.09 peratus – Exco Malaysia Gazette www.malaysiagazette.com
Jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

Kerja-kerja pembinaan ECRL telah bermula sejak 2017 dan dijangka siap sepenuhnya di akhir 2026 melibatkan jajaran hingga ke Gombak manakala tahun 2027 pula jajaran ke Pelabuhan Klang.


Sebanyak tujuh stesen ECRL di Pahang dibina dan merupakan stesen paling banyak dibina serangkumi lokasi di Cherating, Kuantan Port City, KotaSAS, Paya Besar, Maran, Temerloh dan Bentong.


“Kerja-kerja kini sedang giat dilaksanakan. Apabila siap nanti, ECRL akan merapatkan jurang ekonomi antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung.


“Ia menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga ke Pelabuhan Klang, Selangor,” katanya.



Commenti


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page