top of page

Kecuaian projek parkir di Rawang punca KTMB rugi RM2.4 juta


Kecuaian projek parkir di Rawang punca KTMB rugi RM2.4 juta
Kecuaian projek parkir di Rawang punca KTMB rugi RM2.4 juta

Kecuaian projek parkir di Rawang punca KTMB rugi RM2.4 juta

KECUAIAN kontraktor dalam projek parkir bertingkat di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Rawang baru-baru ini mengakibatkan kerugian lebih RM2.4 juta.


Kejadian membabitkan kren pembinaan tumbang di landasan di Kilometer (KM) 355.749 antara Rawang dan Kuang berlaku pada 12 Disember tahun lalu.


Ia mengganggu perkhidmatan tren selama lebih dua jam, menjejaskan lebih 20,000 penumpang yang menaiki Komuter dan Tren Elektrik (ETS), komuter dan tren kargo yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata KTMB mengeluarkan surat amaran dan membekukan kelulusan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) pada 23 Mei tahun lepas.


Beliau berkata tindakan ini diambil sebagai tindak balas kepada kerja pembinaan ‘pipe culvert’ bersebelahan landasan operasi KTMB tanpa mendapat kebenaran KTMB.


“KTMB telah meluluskan kontraktor untuk ujian cerucuk ‘Maintain Load Test’ dan pembinaan penutup cerucuk bersebelahan dengan landasan operasi KTMB pada 1 Jun 2023.


“Bagaimanapun pada 16 Ogos tahun lepas, syarikat telah mengeluarkan amaran berhenti kerja kepada JKR berhubung kerja pembinaan menggunakan jentera berat tanpa kebenaran di dalam kawasan operasi KTMB,” katanya dalam satu kenyataan.


Dilaporkan perkhidmatan ETS KTMB di Lembah Klang terganggu apabila tren itu tumbang tahun lepas.


Loke berkata, akibat kejadian itu, JKKP telah mengeluarkan notis larangan serta-merta kepada kontraktor-1, ‘Gantung tugas SL PMA 35086’.


Semua perkhidmatan tren KTMB Komuter di laluan Tanjung Malim-KL Sentral-Tanjung Malim, serta perkhidmatan ETS yang terjejas telah dipulihkan sepenuhnya pada 14 Disember. -SM



Kecuaian projek parkir di Rawang punca KTMB rugi RM2.4 juta

Kommentare


bottom of page